Zikir menari, ISMA beza pandangan dengan mufti

  • 9 years ago
Ikatan Muslim Malaysia (ISMA) melahirkan rasa kurang bersetuju dengan kenyataan Mufti Perlis, Prof Datuk Dr Asri Zainal Abidin semalam bahawa tarian bagi tujuan berzikir adalah bercanggah dengan nas-nas syarak.

Presidennya, Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata ini terdapat banyak perselisihan pendapat di kalangan ulama sendiri berhubung perkara tersebut.