Khaled: Kadar kemiskinan di Johor hampiri sifar

  • 8 years ago
Menteri Besar Johor, Dato' Mohamed Khaled Nordin berkata Negeri Johor mencatatkan kadar pengurangan kemiskinan yang terbanyak, pada kadar 97 peratus bagi tempoh dari tahun 2012 sehingga 2014, iaitu daripada 7,000 isi rumah kepada hanya 200.

Menjawab soalan lisan Abd Razak Minhat (BN-Serom), beliau berkata pengurangan kadar kemiskinan itu merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri dalam meningkatkan kualiti kesejahteraan hidup rakyat yang jauh lebih penting dan kritikal.