Video: 10 tahun menanti, Azizulhasni kini juara dunia

  • 7 years ago
Umum mengetahui kemenangan bergaya pelumba trek negara, Azizulhasni Awang yang baru sahaja memenangi gelaran dunia pertamanya malam tadi apabila muncul juara dalam acara keirin di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Hong Kong.

Kejayaan Azizul yang digelar "Pocket Rocketman" itu hadir selepas 10 tahun beliau beraksi di kejohanan berkenaan sekali gus muncul pelumba negara pertama memenangi emas di Kejohanan Trek Dunia.

"Syukur Alhamdulillah akhirnya saya menjadi juara, selama 10 tahun saya menanti saat ini dan akhirnya berjaya menjadi Raja Keirin."