Podolski jaring 2 gol dengan kasut 'Captain Tsubasa'

  • 7 years ago
Bekas pemain Arsenal, Lukas Podolski sememangnya dikenali sebagai pemain yang disenangi oleh para penyokongnya.

Tidak kira di mana beliau bermain, pasti akan ada cara untuknya memikat hati para penyokong pasukannya.

Terbaru, selepas berpindah dari pasukan Galatasary ke pasukan di Liga Jepun ( J.League) Podolski pada penampilan pertamanya sudah berjaya memikat hati para penyokong kelab tersebut.

Bukan hanya aksi mantapnya menjaringkan gol membantu pasukannya menang 3-1, tetapi kasut bola 'Captain Tsubasa' yang dipakainya cukup memikat hati para penyokong bola sepak Jepun.

Di kasut tersebut terpapar wajah Captain Tsubasa yang merupakan ikon animasi Jepun.

Captain Tsubasa merupakan watak animasi Jepun yang merupakan seorang pemain bola sepak dan watak tersebut menjadi idola serta pujaan seluruh dunia.