Kartun 'Vocaloid' Hatsune Miku 'gegar' KL Disember ini

  • 6 years ago
Hatsune Miku 'penyanyi hologram' yang sudah mengadakan banyak konsert secara langsung di negara-negara besar bakal menggegar Kuala Lumpur pada 16 Disember ini.

Ya, Hatsune Miku adalah anime yang membuat persembahan secara langsung di hadapan anda. Berusia 16 tahun kerana ia dihasilkan pada 2007 oleh syarikat Crypton Future Media di Jepun.

Mempunyai enam jenis suara iaitu soft (lembut), sweet (manis), dark (bernuansa gelap dan dewasa), vivid (bersemangat), solid (tinggi), dan light (polos).

Konsert Hatsune bakal diadakan di Stadium Axiata Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Belum boleh bayangkan bagaimana kartun boleh membuat konsert secara langsung, KiniTV BM menyiarkan video konsert 'live' Hatsune Miku sebelum ini.