Yahoo! hentikan daftar masuk guna Google atau FB

  • 6 years ago
Sejak Marissa Mayer mengetuai Yahoo!, usaha untuk menarik kembali pengguna menggunakan perkhidmatan mereka nampak sangat ketara dan drastik. Selain memperkenalkan beberapa pembaharuan pada organisasi serta perkhidmatan, Yahoo! dikatakan bakal membuang sokongan daftar-masuk ke flickr menggunakan akaun Google ataupun Facebook.