Celcom Axiata peruntuk perbelanjaan modal RM950 juta

  • 6 years ago
Celcom Axiata Bhd memperuntukkan perbelanjaan modal sebanyak RM 950 juta pada tahun ini untuk menyediakan kualiti rangkaian yang lebih baik dan meningkatkan prestasi data kepada pelanggannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Shazalli Ramly berkata sebanyak RM 400 juta untuk melancarkan 2,014 tapak evolusi jangka panjang generasi keempat 4G yang aktif di seluruh negara menjelang akhir tahun.