PM balas Tweet pelajar, ucap syukur dapat membantu

  • 6 years ago
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa syukur kerana pemberian Baucar Buku 1Malaysia memberi manfaat kepada pelajar. Najib, melalui catatan terbaru dalam laman Twitter beliau, memberikan reaksi kepada seorang pelajar perempuan yang memuat naik gambar baucar berkenaan di laman Twitternya hari ini.