Perkembangan Fit Malaysia jelajah Terengganu setakat 9 pagi

  • 6 years ago
Fit Malaysia Terengganu yang berlangsung di Dataran Pantai Batu Burok hari ini mencatat sejarah tersendiri apabila merekodkan jumlah peserta tertinggi seramai 20,000 orang.

Berikutan kejayaan itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sehubungan itu berharap pembinaan velodrom terbuka di Dungun dan Kompleks Sukan di Hulu Terengganu dapat menjadi rangsangan kepada rakyat negeri itu untuk terus bersukan.