Tambahan masa panggilan dan SMS diberi

  • 6 years ago
Kerajaan membenarkan syarikat telekomunikasi untuk mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ke atas kad tambah nilai prabayar. Bagaimanapun, menurut pengarah GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Subromaniam Tholasy, kebenaran itu hanya untuk tempoh tiga bulan sahaja, sementara perbincangan dijalankan bagi mencari penyelesaian jangka panjang. Katanya, selepas tempoh tiga bulan itu berakhir, kerajaan akan memutuskan sama ada kebenaran itu dikekalkan atau harga kad tambah nilai itu diturunkan.