Teras Strategik Kelima RMK-11: Memperkukuh Infrastruktur

  • 6 years ago
Sila klik di sini untuk video terkini. http://www.astroawani.com/video

Pembangunan infrastruktur adalah penting bagi memastikan rakyat mepunyai akses kepada kemudahan asas dan perkhidmatan seperti pengangkutan, komunikasi, elektrik dan air bersih. Integrasi pelbagai mod pengangkutan yang lebih baik akan memudahkan pergerakan orang dan barangan dengan lebih lancar. Di samping itu, infrastruktur yang cekap dapat mengurangkan kos mengendalikan perniagaan, dan seterusnya meningkatkan produktiviti dan daya saing negara. Oleh itu, infrastruktur yang baik menjadi asas kepada penyertaan sosial serta perkembangan dan pertumbuhan ekonomi.

(Visual Ihsan: RTM)