58 premis restoran dan kedai makan ditutup

  • 6 years ago
Sebanyak 58 premis restoran dan kedai makan di sekitar Kuala Lumpur diarah tutup sementara antara Januari lalu hingga hari ini kerana kotor. Timbalan Pengarah Bahagian Kesihatan Persekitaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, DBKL, Doktor Ahmad Zaidi Zainal Abidin berkata, antara kesalahan utama yang dikesan sehingga membawa kepada penutupan premis itu, ialah masalah tikus dan dapur kotor.