Salah mahu jadi pemain terhebat dalam sejarah Mesir

  • 6 years ago
Pemain Liverpool, Mohamed Salah mahu menjadi pemain paling hebat dalam sejarah buat negara kelahirannya Mesir.

Salah berkata begitu selepas dinobat sebagai Pemain Tahunan Terbaik Afrika 2017 awal pagi tadi.

Selain itu, Salah yang juga membantu Mesir melangkah ke Piala Dunia 2018 berkata beliau tidak sabar untuk beraksi dan menjanjikan bahawa bakal ada kejutan dari pasukannya.

Salah menjadi pemain 'buangan' Chelsea dan beraksi di Kelab Serie A, Fiorentina dan AS Roma.

As Roma membeli Salah dan beliau mempamerkan aksi memukau dengan 29 gol sebelum berpindah ke kembali ke Liga Perdana Inggeris dengan menyarung jersi Liverpool.

Aksinya tambah berbisa bersama Liverpool dengan 23 gol dalam 29 perlawanan dan kini adalah penjaring kedua terbanyak liga di belakang penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane.