Aksi Philippe Coutinho yang memikat Barcelona pada harga RM770 juta

  • 6 years ago
Pemain kebangsaan Brazil Philippe Cuotinho akhirnya rasmi menjadi milik gergasi La Liga, Barcelona dengan tanda harga 146 juta pound Sterling (RM770 juta).

Perpindahan penuh sensasi ini sekaligus meletakkan Coutinho antara pemain termahal dunia di belakang rakan senegara Neymar dan pemain muda Kylian Mbappe.

Bekas perancang tengah Liverpool itu mengatakan bagai 'impian menjadi nyata' selepas tiba d Nou Camp buat kali pertama.

Pemain berusia 25 tahun itu menandatangani kontrak hingga 2023 dan tidak sabar bergandingan dengan Lionel Messi, Luis Suarez dan Andres Iniesta, pemain yang dianggapnya sebagai 'idola'.

Jika segalanya berjalan dengan lancar, pemain berusia 25 tahun ini akan turun menjalani latihan keesokan harinya dan juga mungkin dipilih untuk bermain pada perlawanan Copa Del Rey Khamis nanti menentang Celta Vigo.