Bekas doktor pasukan gimnastik AS di penjara 175 tahun

  • 6 years ago
Bekas doktor gimnastik Amerika Syarikat (AS), Larry Nassar dijatuhi hukuman penjara 40 hingga 175 tahun kerana melakukan serangan seksual ke atas atlet dan pesakit.

Lebih daripada 150 wanita dan perempuan menuduh Nassar melakukan perbuatan terkutuk itu di antara 1998 dan 2015 ketika bertugas dengan skuad gimnastik Amerika Syarikat (AS) dan Universiti Michigan.


Susulan skandal Nassar, pasukan gimnastik AS mengambil langkah keselamatan mewajibkan laporan mandatori dibuat setiap kali penderaan seksual disyaki berlaku. - AFP, 25 Januari, 2018.

Recommended