Suami isteri didakwa tukar tanda harga tilam bayi

  • 6 tahun lalu
IPOH 11 April - Sepasang suami isteri hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan menukar tanda harga tilam bayi di sebuah pusat beli-belah di sini, Jumaat lalu.

Tertuduh Saddam Abdullah, 57, dan Siti Aishah Abdullah, 56, yang tidak bekerja, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Salwa Ja’afar.