Dari Obama ke Trump - Kita tak nak jadi seperti AS

  • 5 years ago
Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata kerajaan harus memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat agar Malaysia tidak mengikuti jejak langkah Amerika Syarikat.

Beliau berkata demikian dalam temu bual bersama beberapa organisasi media menjelang Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) mulai esok hingga Ahad.