TERKINI : Tiga Rayuan Interlokutori Najib Ditangguh

  • 5 years ago
PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan penangguhan untuk mendengar tiga rayuan oleh Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang melibatkan isu interlokutori (permohonan sebelum perbicaraan) dalam kes pecah amanah dan menyalahgunakan kedudukan membabitkan wang RM42 juta berkaitan syarikat SRC International Sdn Bhd yang dihadapinya.

Peguam beliau, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang membuat permohonan itu meminta penangguhan itu kerana beliau mahukan Mahkamah Rayuan memutuskan mengenai isu asas yang melibatkan keputusan pihak pendakwa untuk menarik balik Sijil Pemindahan ke atas tiga pertuduhan terhadap anak guamnya, pada 28 Januari.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv

Recommended