TERKINI : PH Mahu 'Diamkan' Saya - Tok Mad

  • 5 years ago
PRK RANTAU - Mengakhiri kempen hari kedua Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan mendedahkan Pakatan Harapan (PH) berusaha keras untuk memastikan calon mereka menang di Rantau.

Malah katanya, ia sebagai usaha untuk memusnahkan karier politik beliau, sekaligus mendiamkan dirinya daripada terus mengkritik kerajaan khususnya kerajaan Negeri Sembilan.

"Mereka memang nak menang di Rantau dan mereka nak memberhentikan momentum kebangkitan UMNO dan BN.

"Dan di Rantau, saya adalah individu yang patut didiamkan, kalau dia 'hidup' BN akan tentang kita," katanya dalam majlis mesra bersama calon BN di Taman Nusari Bayu 2, Bandar Sri Sendayan, sebentar tadi.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv

Recommended