Inovasi 5G terunggul bagi memberi manfaat kepada rakyat

  • 5 years ago
Rangkaian 5G akan menjadi pemacu utama untuk menghubungkan rakyat Malaysia dan mengubah industri utama seperti pembuatan, pertanian dan penjagaan kesihatan agar terus berdaya saing di peringkat global.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerjasama antara pemain industri global dan vendor-vendor tempatan adalah penting untuk membina ekosistem teknologi yang berkembang maju di Malaysia.


“Impak teknologi canggih dalam melonjakkan kemajuan negara adalah jelas dan Malaysia tidak mahu ketinggalan terutamannya dalam era Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0),” katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media di sini hari ini.

Terdahulu, Dr. Mahathir menyaksikan majlis menandatangani memorandum perjanjian bersama antara Maxis Berhad (Maxis) dan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd. (Huawei) mengenai capaian rangkaian 5G di negara ini.