Kemakmuran Sabah sentiasa dekat di hati - Anthony Loke

  • 4 years ago
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata kemakmuran Sabah sentiasa dekat di hatinya.

Justeru, beliau berkata sebanyak RM80.9 juta telah diperuntukkan bagi Projek Pembesaran Lapangan Terbang Sandakan.

"Kerajaan Persekutuan mengambil maklum serta mengambil berat akan keperluan pihak Kerajaan Negeri Sabah untuk meningkatkan tahap infrastruktur berkaitan pengangkutan dalam usaha untuk meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi serta membantu meningkatkan kesejahteraan rakyat Negeri Sabah

"Landasan yang sedia ada sepanjang 2,133 meter hanya dapat menampung operasi pesawat kategori 4C seperti Boeing 737-800 (B738) / Airbus 320 (A320) dengan muatan terhad atau kekangan muatan

"Dengan adanya landasan baru yang lebih panjang iaitu 2,500m, pesawat-pesawat komersial dapat beroperasi di Lapangan Terbang Sandakan dengan muatan penuh tanpa kekangan.

"Dengan kata lain, apabila projek ini siap kelak, ianya akan mampu menampung operasi pesawat kategori 4C ke destinasi yang lebih jauh dengan tempoh perjalanan sekitar 3 hingga 6 jam."

Beliau berkata demikian ketika hadir ke majlis pecah tanah projek pembesaran Lapangan Terbang Sandakan

Recommended