COVID-19: Tahniah pakar perubatan berjaya kurangkan kadar kematian

  • 4 years ago
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah mengucapkan tahniah kepada pakar perubatan yang merawat pesakit Covid-19 kerana berjaya mengurangkan kadar kematian di negara ini.

"Saya ingin ucapkan tahniah pada pakar-pakar kita yang berikan rawatan yang mantap dan berkesan kepada pesakit kita di ICU dan dimasukkan ke wad," katanya semasa sidang media di Putrajaya, hari ini.

Jelasnya kadar kematian di Malaysia adalah rendah iaitu 1.58 peratus berbanding negara lain yang lebih tinggi.