Jenayah e-dagang catat 2,500 kes sepanjang PKP, kerugian RM17 juta

  • 4 years ago
Jenayah e-dagang telah mencatat sebanyak 2,500 kes sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), iaitu kes paling tinggi dalam lima kategori jenayah ‘scammer’ melibatkan kerugian berjumlah RM17 juta.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dr Ismail Mohamed Said berkata beberapa jawatankuasa khas telah ditubuhkan dengan agensi-agensi terlibat seperti Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM) bagi menangani jenayah ini.