Pejabat MB Kedah ditutup sementara, kakitangan positif

  • 3 years ago
Pejabat Menteri Besar Kedah di Wisma Darul Aman di Alor Setar, akan ditutup sementara susulan berlaku penularan wabak Covid-19 di satu daripada jabatan kerajaan negeri yang terletak di wisma berkenaan.

Menurut makluman yang dimuat naik di laman Facebook rasmi kerajaan Kedah, pihak pentadbiran di Pejabat Menteri Besar akan ditutup bermula 31 Jan hingga 2 Feb.

Ia dibuat ekoran seorang daripada kakitangan didapati positif Covid-19.