20 premis perniagaan, 11 rumah dan sebuah perpustakaan terbakar

  • 2 tahun lalu
Sebanyak 20 premis perniagaan,11 rumah dan sebuah perpustakaan awam musnah dalam kebakaran di pekan Sungai Lembing, Kuantan pada awal pagi tadi.

Timbalan Pengarah Bomba Pahang, Mohd Sani Harul berkata, kejadian kebakaran itu dipercayai berlaku kira-kira 1.30 pagi selepas menerima panggilan daripada orang awam.

Menurutnya, pasukan bomba sukarelawan yang terdiri daripada enam anggota telah ke lokasi dan melakukan kerja memadam api sebelum ia mula merebak.