Dua kes warganegara Malaysia daripada 93 kes keseluruhan pada Rabu
  • 2 tahun lalu
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak 61 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada Rabu. Sebanyak 93 kes baharu dilaporkan sehingga pukul 12 tengah hari. Kes aktif 1,324 kes dan diasingkan dan diberi rawatan. Daripada jumlah kes baharu, semuanya adalah penularan di dalam negara iaitu 91 kes melibatkan bukan warganegara dari DTI Bukit Jalil dan 36 kes dari Kluster Pedas. Hanya dua kes dalam kalangan warganegara Malaysia (saringan pelajar tahfiz dan Kluster Pasar).
Disyorkan