COVID-19: Lebih 50 murid SK Padang Kemunting, Kuala Nerus dikuarantin

  • 2 tahun lalu
Lebih 50 murid tahun satu dan dua Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Kemunting, Kuala Nerus bersama ibu bapa diarah menjalani ujian saringan COVID-19 pada Jumaat.
Ia susulan seorang gurunya dipercayai mempunyai kontak rapat dengan suaminya yang menjalani kuarantin di rumah sebelum disahkan positif COVID-19 selepas pulang dari Sabah.