Bazar Ramadan | 342 anggota penguatkuasa pantau kebersihan

  • 2 tahun lalu
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu akan menggerakkkan seramai 342 anggota penguat kuasa kesihatan bagi memantau tahap kebersihan dan kualiti makanan membabitkan 4,938 gerai jualan di Bazar Ramadan.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong berkata kekuatan yang
terdiri daripada 130 pasukan operasi itu juga akan memastikan 9,666 pengendali makanan di bazar mematuhi peraturan yang ditetapkan.