Gunung Everest | Elanghovan rakyat Malaysia tertua takluk Everest

  • 2 tahun lalu
Pada 9.17 pagi waktu Nepal (11.32 pagi waktu Malaysia) pada 12 Mei, N. Elan-Ghovan berdiri megah di puncak tertinggi dunia dengan perasaan gembira.

Dan apa yang lebih membanggakan lagi, menjadi rakyat Malaysia tertua menakluk Gunung Everest.

Bagi pesara Tenaga Nasional Berhad berusia 64 tahun itu, ia adalah 'satu misi terlaksana' selepas menetapkan impian untuk menakluk gunung tertinggi di dunia itu.