Jiwa SME | Media sosial pastikan kelangsungan jualan barangan hadiah

  • 2 tahun lalu
Pandemik COVID-19 yang berpanjangan nyaris membuatkan seorang peniaga menutup perkhidmatan menjual pelbagai jenis hadiah kejutan atau surprise gift yang diusahakan sejak tahun 2017.

Rostina Abdul Raman, pemilik kedai Fan C Balloon di Taman Pinji Seni, Ipoh mengakui hampir putus asa kerana perniagaan yang mendapat sambutan luar biasa, tiba-tiba merudum.