Sindiket | Dakwaan culik di Genting Highlands, dua wanita asing ditahan

  • 2 tahun lalu
Polis menahan dua wanita warga asing bagi membantu siasatan berhubung dakwaan seorang kanak-kanak yang hampir menjadi mangsa culik di Genting Highlands seperti mana tular dalam aplikasi TikTok baru-baru ini.

Ketua Polis Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata suspek berusia 42 dan 50 tahun itu ditahan pada 11.30 pagi Khamis.