Pengangkutan Udara | Komuniti Orang Asli mohon guna helikopter untuk ke sekolah

  • tahun lalu
Menjelang sesi persekolahan yang bakal dibuka, komuniti Orang Asli di Pos Gob, Gua Musang, Kelantan berharap perkhidmatan helikopter unit udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dapat digunakan untuk mengangkut murid dan pelajar orang asli di perkampungan itu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Gob, Uda Alang berkata, walaupun terdapat kenderaan pacuan empat roda yang disediakan pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) bagi membawa anak ke sekolah, namun selaku ibu bapa mereka bimbang dengan keselamatan anak yang terpaksa melalui jalan balak yang rosak.