Penemuan Mayat | Mayat wanita ditemui dalam semak

  • tahun lalu
Mayat seorang wanita tanpa identiti ditemui di dalam kawasan semak di Kampung Alor Gali, Marang pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Marang, DSP Mohd Zain Mat Dris berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 2.30 petang berhubung penemuan mayat yang dianggarkan berusia antara 20 hingga 30-an.