Jerebu | Bangkok catat indeks pencemaran udara tidak sihat

  • tahun lalu
Jerebu tebal menyelubungi ibu negara Thailand sejak Rabu, apabila pencemaran udara di bandar itu kini mencapai tahap tidak sihat.

Menurut Pusat Kualiti Udara Bangkok, sebanyak 70 stesen pemantauan kualiti udara melaporkan tahap pencemaran udara yang tidak selamat di Bangkok.