Kaji lokasi bazar, elak peniaga kekal terjejas

  • tahun lalu
Pihak berkuasa di Melaka akan mengkaji semula penganjuran bazar Aidilfitri di Klebang Utama yang dikatakan merosakkan perniagaan kira-kira 200 premis kekal di kawasan berkenaan. EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Zaidi Attan mengumumkan bahawa sesi libat urus akan diadakan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dalam masa terdekat untuk menilai keluhan peniaga dan penduduk setempat. Status penganjur bagi bazar Aidilfitri di Klebang masih belum diputuskan sementara menunggu penilaian oleh MBMB.

Disyorkan