[TERKINI] Captainsmok3r godam laman sesawang Jabatan Imigresen

  • tahun lalu
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh mengesahkan laman sesawang rasmi Jabatan Imigresen telah digodam pada jam 2 pagi hari ini oleh penggodam yang menggelarkan diri sebagai ‘captainsmok3r’.

Perkara itu disahkan dalam kenyataan hari ini bahawa serangan siber telah mengakibatkan muka hadapan laman sesawang jim ditukar kepada paparan imej yang lain.