Bubur Che Minah Sayang buat warga Penjara Penor

  • tahun lalu
Seluruh warga Penjara Penor, Kuantan menikmati juadah berbuka puasa menu istimewa bubur lambuk hasil air tangan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Aminah Maimunah Iskandariah.

Janji Tunku Azizah kepada warga Bengkel Tenun Pahang Diraja di Penjara Penor tertunai dengan penyediaan bubur lambuk yang pertama kali dibuat di perkarangan Bengkel Tenun Pahang Diraja di Penjara Penor.

Tunku Azizah juga turut menamakan resepi bubur lambuk ini dengan nama Bubur Che Minah Sayang sempena nama panggilan diri baginda oleh Tuanku Agong.