DUA KAWAN SAYA MATI-Pendakian 12 rakan ke Gunung Damavand di Iran berakhir tragedi memilukan

  • tahun lalu
Ini kisah mengenai sekumpulan pendaki Malaysia yang berhasrat menawan puncak tertinggi di Iran iaitu Gunung Damavand setinggi 5,610 meter. Namun, 12 orang pendaki yang pergi hanya 10 yang kembali, apa jadi pada dua orang lagi?

Kisahnya pada 20 November 2016, kumpulan pendaki Malaysia mendaki gunung tertinggi di Iran. Difahamkan, ketika hampir sampai ke puncak mereka terpaksa turun kerana cuaca buruk dan salji tebal.

Namun, dua pendaki mahu meneruskan perjalanan sebelum dilaporkan hilang. Mayat Syed Redzuan Syed Salim Shatri ditemui enam hari kemudian, manakala mayat Ramli Abdul Majid pula ditemui setahun kemudian.

Bagi mengetahui kisah di sebaliknya, ikuti penjelasan seorang daripada kumpulan pendaki berkenaan yang ada ketika tragedi ini berlaku iaitu Mohd Khafiz Bachok. Beliau juga mengetuai operasi mencari Ramli dalam misi Mencari Abang Ram sebelum penemuan jenazah setahun kemudian.

Disyorkan