KKD sedia bantu KPDN salur maklumat kepada rakyat

  • 8 bulan lalu
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedia bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi menangkis berita palsu berhubung isu bekalan beras tempatan di pasaran.

Timbalan Menterinya Teo Nie Ching berkata setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan atau maklumat mengenai berita palsu serta informasi mengelirukan berhubung kekurangan barang keperluan asas itu.