Dua pelajar siswazah USIM warga Palestin maut angkara bedilan rejim Zionis

  • 8 bulan lalu
BULETIN TIKTOK 10 OKTOBER 2023

Dua pelajar siswazah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang merupakan suami isteri warga Palestin meninggal dunia akibat serangan bom rejim Zionis di Gaza, Palestin pada Ahad lalu.

Pusat Komunikasi Strategik USIM dalam kenyataannya berkata, Mohammed J H Alzaanin, calon Doktor Falsafah Pengurusan Sumber Manusia dan isterinya, Kholoud M H Elzaneen pelajar Program Sarjana Sains (Mod Penyelidikan), Fakulti Sains dan Teknologi terkorban dalam serangan bom yang berlaku di perkampungan mereka di Bait Hanon, kira-kira jam 8 pagi.

Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/283442/berita/semasa/dua-pelajar-siswazah-usim-warga-palestin-maut-angkara-bedilan-rejim-zionis

Muzik: Night Rider 87-The Verge dari Artlist.co

#SinarHarian #BuletinTikTok #Gaza #SiswzahUsim