Diorama 'bekwoh' gamit nostalgia

  • 7 bulan lalu
Diorama 'bekwoh' gamit nostalgia

BERITA MOJO 22 OKTOBER 2023

Aktiviti 'bekwoh' iaitu kenduri atau digelar di sesetengah tempat sebagai makan gulai kini tinggal kenangan memandangkan ia sudah jarang dijumpai termasuk di kawasan kampung, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

Suasana gotong-royong ketika majlis perkahwinan zaman dahulu kini diterjemahkan dalam bentuk diorama menerusi pameran Dapur Mok Kite di Dewan Mandalika, Kompleks Muzium Negeri Terengganu bermula 16 Oktober hingga 31 Mac tahun depan.

Peminat seni diorama, Mohd Ihsan Mohd Saidi, 35 berkata, dia menerima tempahan untuk menghasilkan diorama bekwoh bersaiz 182 sentimeter (sm) panjang dan 60 sm lebar untuk dipamerkan di muzium tersebut.

Penghasilan diorama bekwoh antara yang mencabar kerana perlu melalui proses kajian dan mengimbau kembali kenangan lama ketika 'kerja kahwin' tersebut masih menjadi amalan masyarakat Melayu suatu ketika dahulu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/630356/Nostalgia%20'bekwoh'%20diabadikan%20pada%20diorama

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian