Eileen Gu lakar kejayaan di China selepas 11 bulan menyepi

  • 6 bulan lalu
Atlet sukan luncur sensasi, Eileen Gu sama sekali tidak luntur semangat, malah terus melakar kecemerlangan selepas sekian lama tidak beraksi di gelanggang. Eileen yang berehat selama 11 bulan dari sukan itu akibat kecederaan di bahagian lutut sejak Januari lalu, unggul di tempat pertama dalam kejohanan Piala Dunia FIS kategori luncur bebas wanita di resort Secret Garden yang terletak di Wilayah Hebei, China.