Sultan Sharafuddin perkenan Selangor FC tidak hadir Piala Sumbangsih

  • 11 hari lalu
Sultan Sharafuddin perkenan Selangor FC tidak hadir Piala Sumbangsih

BERITA SEMASA 9 MEI 2024

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan dan menyokong sepenuhnya keputusan Selangor FC untuk tidak hadir ke perlawanan Piala Sumbangsih 2024 menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 10 Mei ini.

Sultan Sharafuddin yang juga penaung Selangor FC menzahirkan pandangan sedemikian susulan tercetus beberapa insiden mengancam nyawa yang melibatkan pemain dan pegawai bola sepak baru-baru ini.

Baginda turut menzahirkan rasa kecewa kerana pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menolak permohonan skuad Gergasi Merah supaya menangguhkan perlawanan berkenaan.

Titah Sultan Selangor lagi, keutamaan ketika ini adalah nyawa serta keselamatan para pemain dan bukannya untuk memenangi piala berkenaan.

Baginda turut menegaskan, Selangor FC sedia berdepan dengan apa sahaja tindakan, susulan keputusan untuk tidak hadir ke perlawanan berkenaan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663739/berita/nasional/sultan-sharafuddin-perkenan-selangor-fc-tak-hadir-piala-sumbangsih

Muzik: Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Selangor #FaisalHalim #SultanSelangor #SelangorFC #MFL #PialaSumbangsih