PELANCARAN ALBUM ADA APA DENGAN CINTA 2 - MELLY GOESLAW, MARTHINO LIO & ANTO HOED

  • 8 years ago
Tanggal 25 May 2016(Rabu) telah berlangsungnya majlis pelancaran album Ada Apa Dengan Cinta 2 bertempat di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur. Album kali ini menekankan pada dua OST yang ada dalam filem AADC 2 iaitu Ratusan Purnama dan Jangan Ajak Ajak Dia. Keindahan pelancaran album ini adalah dengan tampilnya penyanyi utama yang cukup terkenal dengan OST AADC 1 dan 2 iaitu Melly Goeslaw dan pasangan duet Ratusan Purnama iaitu Marthino Lio. "Nadi" bagi setiap OST AADC 2 adalah dari sentuhan suami tercinta Melly Goeslaw iaitu Anto Heod. Anto Hoed juga tampil di pelancaran tersebut. Alhamdullilah, majlis berjalan dengan lancarnya. Pelancaran itu lebih gah lagi dengan persembahan secara "live" dari pemilik suara Ratusan Purnama, Melly Goeslaw dan Marthino Lio, dan dilengkapi dengan persembahan Jangan Ajak Ajak Dia. Banyak yang dikongsikan oleh Melly Goeslaw, Anto dan Marthino Lio sepanjang pembikinan OST AADC 2. Kami dari pihak Suria Records ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua terutama pihak penaja, Hotel Royale Chulan KL, Raku dan rakan-rakan media yang turut hadir dalam majlis pelancaran tersebut.