Trump kata tindakan Kim Jong-un 'amat teruk'

  • 7 years ago
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyifatkan pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un, berkelakuan amat buruk selepas Pyongyang melancarkan ujian enjin roket berkelajuan tinggi baru-baru ini.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan mesyuarat bersama pegawai pentadbirannya di Estet Maralago, Florida.

Amerika Syarikat dan Korea Selatan bimbang terhadap ujian enjin roket Korea Utara yang dilaporkan semakin menunjukkan kemajuan.