Trump mungkin jumpa Kim Jong-Un

  • 7 years ago
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump tidak menolak kemungkinan akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dalam masa terdekat, kata Rumah Putih lapor agensi berita China Xinhua.

"Namun masih terlalu awal untuk melalui proses itu," kata jurucakap Rumah Putih Sean Spicer pada satu taklimat harian.

Beliau menambah beberapa syarat mengadakan mesyuarat belum dipenuhi lagi.

Trump pada Isnin dilaporkan memberitahu Bloomberg bahawa beliau akan bertemu dengan pemimpin Korea Utara itu.

"Jika pertemuan itu dilihat sesuai saya berbesar hati untuk melakukannya," kata Trump.

Ketegangan masih memuncak antara As dan Korea Utara sejak dua bulan lepas menyebabkan AS mengancam mengadakan serangan ketenteraan ke atas Pyongyang susulan program nuklear dan peluru berpandu Korea Utara.

AS dan Korea Selatan juga dikatakan mengadakan latihan ketenteraan sejak dua bulan lepas.

AS juga menghantar pesawat tempur USS Carl Vinson di perairan Semenanjung Korea untuk mengadakan latihan bersama dengan tentera Korea Selatan.