Ucapan tahniah JDT tertera di stadium milik Chelsea

  • 7 years ago
Juara 4 kali berturut-turut Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) menerima ucapan tahniah daripada pasukan di Liga Perdana Inggeris semalam.

Stadium milik pasukan Chelsea iaitu Stamford Bridge memaparkan ucapan buat JDT menerusi papan iklan digital (led board) mereka ketika perlawanan menentang Nottingham Forest.

Inilah hadiah yang telah dijanjikan oleh Pemilik kelab JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kepada semua penyokong JDT.

Sebelum ini TMJ berkata, paparan selama tiga minit itu akan dibuat di stadium pasukan yang bermain dalam liga berkenaan selepas majlis JDT menjulang trofi Liga Super pada 20 September depan.

Satu kebanggaan yang amat mengujakan apabila menonton perlawanan Chelsea terpapar ucapan tersebut dari Carabao.

"Congratulations to Johor Darul Ta'zim FC From Carabao"

JDT kini di mata dunia!